ARTIKLE UTUSAN

CUIT
RAKYAT Malaysia akan menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-52 Isnin depan. Jika kita seorang manusia, kita akan berusia 52 tahun pada hari itu. Tapi bagi rakyat Malaysia, 52 tahun masih muda.
(Read more)..

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT
klik disini
Mengkhianati Islam?
ADA tanggapan sebahagian orang bahawa janganlah ditegur Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat walaupun beliau mengeluarkan beberapa kenyataan yang dianggap mengelirukan. Diamkan sahaja.
(Read more)..

SELAK
SALAM Ramadan. Puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga tetapi lebih daripada itu.
(Read more)..

UNTUNG SABUT TIMBUL
RAMADAN 2009 akan diingati sebagai bulan suci yang dibayangi oleh penyakit selesema babi, di mana kesudahannya tidak ada siapa boleh dijangka kerana kajian saintis pun belum sampai ke situ.
(Read more)..

Lain-lain kolumnis

Isu Menarik - Perpaduan kaum hanya retorik

Sepatutnya hanya ada satu bahasa pengantar sahaja. Bahasa lain boleh dipelajari tidak ada masalah namun kepentingan sistem satu bahasa adalah penting untuk memupuk perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum.
Maka politik yang bersifat perkauman ini sangat bahaya dalam usaha kita memupuk perpaduan. Sekarang ini kita hanya melihat perpaduan di peringkat luaran dan tidak ada interaksi yang sebenar antara semua kaum. Komunikasi antara kaum ini ada yang hanya bercakap bahasa pasar sahaja malah ada yang tidak langsung boleh berbahasa Melayu. Maka kita perlu berusaha untuk memupuk satu interaksi tulen antara kaum ini supaya perpaduan yang selama ini kita perjuangkan akan berjaya. Baca lagi..

Perjalanan Ini

Hidup ini bagaikan lautan yang luas. Kita hanyalah perahu kecil yang sedang menongkah gelombang. Lihatlah betapa ramai yang ‘gah’ dengan kedudukan dan jawatan mereka semalam, hari ini tiada lagi kemegahan itu. Siapa yang dapat memastikan kedatangan hari esok membawa bahagia kepadanya?!

Sebagai muslim, untuk merentasi benua kehidupan ini, tiada lain yang dapat kita bertaut melainkan ‘at-tawakkal ‘ala Allah’ atau bergantung harapan kepada Allah. Jiwa apabila benar-benar bergantung dan merintih harapan kepada Allah, keajaiban hidup akan berlaku tanpa diduga. Setiap mereka yang melalui hakikat tersebut akan dapat merasai kebenaran kata-kata ini.

Itulah sebabnya mengapa begitu banyak ayat al-Quran dan Sunnah menyuruh kita di samping usaha hendaklah bertawakkal. Cumanya, tawakkal adalah perkataan yang mudah disebut, tapi sukar untuk dihayati dalam ruh dan kehidupan. Ramai yang menyebutnya, tidak ramai yang diresapinya dalam merentasi perjalanan ini. Bacalah ayat-ayat al-Quran berkaitan tawakkal, ia akan membawa kita ke suatu alam yang penuh keyakinan dan kelapangan jiwa dan perasaan..

Aura cinta sebentuk cincin

Oleh NOOR FAZRINA

Cinta sejati akan terus bersemi selama-lamanya,
cincin menyatukan dua hati menjadi satu.
CINCIN di jari manis pengantin perempuan lambang cinta sejati.
Ibu jari mewakili ibu bapa,
Jari telunjuk mewakili adik-beradik,
Jari tengah mewakili diri sendiri,
Jari manis mewakili pasangan,
Jari kelengkeng mewakili anak-anak.
PETIKAN puisi nukilan pujangga Inggeris tidak bernama ini menjawab persoalan mengapa cincin dipilih untuk disarungkan pada jari manis pengantin perempuan.
Jari manis yang mewakili pasangan adalah tempat paling ideal untuk meletakkan sesuatu yang bermakna dalam perhubungan - berharga seperti sebentuk cincin.
Cincin juga ibarat kuasa yang menyatukan dua hati insan yang melafaz janji untuk setia sepanjang hayat.
Walau ada pasangan yang inginkan kelainan dengan menggunakan barang kemas lain seperti rantai atau gelang tangan, tidak akan sama nikmatnya seperti menyarung cincin pada jari manis si isteri.
Dalam kebanyakan adat, cincin diberikan sebagai tanda perkenalan, pengikat (pertunangan) serta perkahwinan. Bagi masyarakat Melayu pula, cincin seperti sudah menjadi item 'wajib bawa' semasa majlis merisik dan pertunangan.
Bagaimana hebat pun hantaran 'serba berdiri', aura cincin dalam majlis perkahwinan tetap relevan.
Namun jangan pula asyik kaitkan cincin dengan tanda dimiliki seseorang. Ini kerana wanita membeli cincin bukan hanya kerana mereka ingin berkahwin atau bertunang, tetapi mereka juga mahukan lebih keyakinan dalam penampilan.
Bagi kebanyakan orang Melayu, mereka lebih sukakan cincin emas kuning. Ada yang memberikan alasan kerana ia lebih menyerlah dan emas kuning juga diibaratkan seperti pelaburan jangka panjang yang menguntungkan berbanding emas putih.
Namun jika kita perhatikan trend hari ini, semakin ramai pasangan yang memilih emas putih sebagai cincin perkahwinan mereka untuk nampak lebih muda dan bergaya.

Isteri sebagai Janda

BIASANYA apabila seseorang itu tak kira lelaki ataupun perempuan, kalau dia dah suka dan sayang, pada seseorang, dia tidak akan mahu mendengar nasihat orang lain walaupun ibu dan keluarganya sendiri. Padanya mereka semua dianggapnya seperti musuh. Bahkan semua nasihat itu hanya untuk menghancurkan impiannya, lebih teruk lagi di anggap berniat jahat. Tapi bila isteri sudah bercinta lagi dan.memilih menjadi janda.... maka layaklah dia digelar janda...

Adab berjimak

petikan dari www.bharian.com.my

Di dalam menunaikan hak nafsu pada jalan yang halal ini, Islam telah mengajar umatnya supaya memelihara adab-adab berjimak supaya tidak melampaui batasan syarak.


Di antaranya ialah:

1- Melafazkan bismillah, dan mohon perlindungan dari kerterlibatan syaitan dalam jimak.

2. Hampir tidak dipelihara ialah menutup tubuh ketika mengadakan hubungan kelamin.

3. Tidak menyetubuhi isteri di sisi isteri yang lain atau didengari oleh isteri yang lain.

4. Tidak menghadap kiblat, antara adab yang jarang didedahkan ialah tidak menghadap kiblat ketika jimak.

Ini kerana Amru bin Hazam dan athar menghukum perbuatan menghadap kiblat ketika jimak dan bercakap banyak ketika jimak sebagai makruh.

Perkara ini pernah ditegur oleh Rasulullah saw dalam hadis yang bermaksud: “Jangan kamu banyak berbicara ketika berjimak dengan isteri-isteri kamu”. (al-Mughniy, jld:7, hlm: 25).

5. Mencapai kepuasan dalam jimak. Tidak dikira sempurna jimak itu selagi tidak mencapai kepuasan oleh pasangan suami dan isteri.

Kesimpulannya, walaupun jimak adalah ibadat, dalam melakukan ibadat kita mengharapkan agar ia membawa maksud yang positif kepada si pengamalnya.

Justeru, adalah wajar bagi setiap pasangan memelihara adab dan menjaga batasan agar tidak terlalu terikut-ikut dengan kehendak nafsu sehingga melakukan suatu yang bukan dari budaya Islam.

Aku Bingung

Aizat - Fikirlah

Benarkah salahku, lepaskan kamu
Kau duga egoku, fahami diriku begini
Tiada yang sama
Yang pasti kita semua bebeza
Kau fikirlah
Tiada guna cipta sebuah cerita
Kalau kisah kita sementara
Rasa hati dan langkahmu
Membuat aku keliru
Tiada guna kita menderita
Sungguh semua tidur pun tak lena
Rasa hati dan katamu
Tak lagi seperti dulu
Kita pernah satu, aku dan kamu
Dulu itu dulu, masih di dalam ingatanku
Kini berbeza
Namun masih ku harap kau bersedia
Oo mungkinkah, kau temu bahagia
Lepaskan semua mimpimu
Tangis dan juga sayumu
Kau fikirlah
Aku keliru
Aku keliruuuu....

Hargai nilai pengorbanan ibu

Oleh NORAINI
noraini.razak@utusan.com.my

SAYA baru mengenali ibu gigih ini. Namun pautan kasih yang terjalin antara kami seakan-akan sudah lama. Hari pertama bertemu dengan wanita berusia 64 tahun itu, saya disajikan dengan paparan perit jerihnya membesarkan anak-anaknya.

Biar pun kami baru berkenalan, sentuhan kasih sayang keibuannya mudah menyerap, mengundang keselesaan untuk dia tanpa dipaksa mencurahkan rasa kepada insan yang baru beberapa jam hadir dalam hidupnya.

Rasa kagum saya terhadap kisah hidupnya bukan sedikit. Dia bersendirian -- biar pun ketika itu suaminya di sisi - untuk memastikan kesemua anaknya mendapat ilmu.

Bukan bermakna bapa kepada anak- anaknya tidak bertanggungjawab. Cuma dalam soal menentukan kepentingan ilmu, dia lebih peka dan berperanan.

Ketika anak-anaknya masih kecil iaitu sekitar tahun 1960-an dan awal 1970-an, ibu gigih ini berhijrah dari kampung asal bersama suami meneroka hutan membina sebuah dangau untuk berlindung daripada hujan dan panas.

Dangau tidak berbilik itu menjadi tempat mereka lapan beranak bernaung untuk tempoh yang agak lama. Kedudukan 'syurganya' itu juga terasing dan jauh daripada kediaman orang lain.

Dia dan teman hidupnya mengambil upah menoreh getah di kebun berhampiran dangaunya. Sambil merenung kisah silam, ibu yang telah kehilangan suami sejak lama dulu berkongsi kepayahannya.

Keadaan hidup yang sangat miskin sambil menyifatkan dia sekeluarga merempat di tempat orang, menyebabkan dia berhati-hati menjalani hidup.

''Saya pernah membalut pokok-pokok getah dengan kain guni kerana bimbang anak-anak yang sedang nakal ketika itu merosakkan pokok tersebut,'' luahnya.

Kami bersembang mesra di dapur dan ketika bersama-sama memetik jantung pisang untuk dijadikan ulam hidangan makan tengah hari.

Keperitan hidupnya dirungkai dalam kemesraan itu. Betapa kesempitan hidup hampir saja menutup peluang anak-anaknya melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Sememangnya dia ibu bertuah kerana dikurniakan bukan sahaja anak-anak yang pintar malah memahami himpitan hidup ibu gigih ini.

Anak-anaknya hanya ada sehelai pakaian sekolah. Jika basah atau koyak, pakaian itulah yang mereka sarung setiap hari. Tiada rungutan jauh sekali memberontak. Kasut koyak juga dipakai mengharungi denai dan hutan berbasikal ke sekolah yang terletak jauh dari rumah.

Ada kalanya anak-anaknya tidak ke sekolah membantu ibu membanting tulang. Biar pun hidupnya kini semakin selesa, namun paparan perit jerih yang dilalui lebih 40 tahun lalu cukup untuk menggandakan kepercayaan saya tentang pengorbanan seorang insan bernama ibu.

Saya bertuah kerana dalam keadaan masih mempunyai ibu yang menatang saya umpama minyak penuh, saya dipertemukan pula dengan seorang lagi ibu yang sempat menumpahkan sedikit kasihnya kepada saya.

Yang pasti sambutan Hari Ibu esok hanya putaran hari-hari biasa bagi ibu saya dan 'ibu' yang baru saja saya jalin kasihnya.

Namun ia semestinya membawa nilai berbeza kepada kita yang bergelar anak - lantaran kasih ibu hanya mekar jika ada penghargaan di pihak anak-anak.

Justeru sambutan Hari Ibu bukan bermakna sehari itulah untuk kita menghargai ibu - tetapi selagi hayat dikandung badan, selagi itulah ibu adalah ratu hati kita

Tiada Jodoh sebaik alasan...

Dipetik dari: bminggu@bharian.com.my 

Jodoh singkat

Pasangan berumur 31 hingga 35 tahun catat kes cerai tertinggi: Perceraian pasangan muda banyak berlaku di Lembah Klang disebabkan kos sara hidup yang tinggi 
ISTILAH janda atau duda muda, ibu tunggal atau bapa tunggal tidak lagi membawa konotasi menjelikkan dewasa ini berbanding pada era 60an dan 70an kerana pada zaman itu perceraian 'hidup' ibarat membawa musibah dan menconteng arang ke muka ibu bapa. 
Peredaran zaman seiring dengan ledakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menjadikan istilah berkenaan hilang 'bisanya', sekali gus ia menjadi norma biasa, apatah lagi saban hari kita disajikan dengan berita perceraian selebriti, termasuk artis dan penyanyi yang diidolakan golongan muda. 
Trend baru ini seolah-olah menjadikan perkahwinan itu sebagai ujian untuk meneruskan kelangsungan hidup (survival) dan bukan lagi memenuhi tuntutan agama yang mahu memperbanyakkan umat Nabi Muhammad SAW, menjauhi dosa dan mencari pahala serta mencari keredaan-Nya. 
Kini, tidak sukar untuk menemui wanita bergelar janda pada usia 20an, begitu juga duda muda kerana pada umur demikian selayaknya mereka mengisi kemanisan hidup bahagia bersama pasangan masing-masing. 
Lebih memburukkan keadaan, kisah perceraian banyak membabitkan pasangan yang sedang mengecapi kemanisan hidup berumah tangga iaitu ketika usia perkahwinan belum memasuki tempoh matang. 

Cinta suami isteri dan....

Sebagai suami isteri dalam melayari hidup berumahtangga , sudah pasti ada hati yang terluka. Bahkan, adakalanya menjeruk rasa dengan perlakuan masing-masing yang ada kalanya menyakitkan.
Kehidupan sebagai suami isteri juga, tidak hanya menemui yang indah saja. Hakikatnya, perjalanan hidup sering menemukan pelbagai rencah kehidupan - suka, duka, pahit, manis, keliru, persengketaan, berbaik semula, pujuk rayu dan pelbagai lagi.
Namun sebenarnya, keduanya tidak boleh menafikan fitrah semula jadi iaitu isteri memerlukan suami sebagai tempat berlindung, mengadu, berkongsi perasaan, tempat merintih dan tempat memperoleh serta menumpahkan kasih sayang. Begitu juga suami memerlukan isteri tempat memanja dan menjaga kehormatan maruah rumahtangga dan sebagainya.
Ketiadaan suami atau isteri dalam kehidupan , kekosongan tetap dirasai terutama perasaan kerana ia fitrah semula jadi.
Isteri atau suami itu adalah anugerah Tuhan yang sudah menjadi ketetapan sejak azali lagi, terimalah seadanya.
Namun apa yang diharapkan tidak semuanya kesampaian dan sejak kebelakangan ini kerap berakhir dengan perceraian...

TAMAN SOALAN PERCUBAAN/TRIAL UPSR 2009

TRIAL UPSR MELAKA 2009

TERENGGANU 2009

PAHANG 2008



PERAK  2008


KELANTAN

1.
Matematik K1 - 2005

2.
Matematik K1 - 2006

3.
Matematik K2 - 2006

 
PERAK

1.
Matematik K1 - 2006

2.
Matematik K2 - 2006

3.
Matematik K1 - 2007

4.
Matematik K2 - 2007

5.
Matematik K1 - 2008

6.
Matematik K2 - 2008

7.
Sains K1 - 2008

8.
Sains K2 - 2008

8.
Bahasa Melayu K1 - 2008



PULAU PINANG

1.
Matematik K1 - 2006

2.
Matematik K2 - 2006



SELANGOR

1.
Matematik K1 - 2006

2.
Matematik K2 - 2006

3.
Matematik K1 - 2008



TERENGGANU

1.
Matematik K1 - 2006

2.
Matematik K2 - 2006



JOHOR

1.
Matematik K1 - 2005

2.
Matematik K2 - 2005

3.
Matematik K2 - 2005

4.
Matematik K1 - 2006

5.
Matematik K2 - 2006

6.
Sains K1 - 2005

7.
Bahasa Melayu K2 - 2002



KEDAH

1.
Matematik K2



PAHANG

1.
Matematik K1 - 2008

2.
Matematik K2 - 2008

3.
Sains K1 - 2008

4.
Sains K2 - 2008

5.
Bahasa Inggeris K2 - 2008





Hanya Jiwa Yang Tenang Mendapat Cahaya Illahi

TIGA CIRI CINTA KEPADA ALLAH SWT.

Dari Sufyan bin Uyainah r.a. ia berkata;

“Barangsiapa cinta kepada Allah, maka cinta kepada orang yang dicintai Allah, barangsiapa cinta terhadap orang dicintai Allah, maka cinta perbuatan yang dilakukan karena cinta Allah, barangsiapa cinta terhadap perbuatan yang dilakukan karena cinta Allah, maka cinta melakukan perbuatan itu tanpa diketahui orang lain.”

Al-Asqalani menukilkan bahwa mahabbah (cinta kepada Allah) itu ada dua macam :

1 Mahabbah Fardhu, yaitu mahabbah yang mendorong dilakukannya perintah-perintah Allah dan dijauhinya larangan-larangan-Nya.

2 Mahabbah Sunnah, yaitu mahabbah yang mendorong dibiasakannya melakukan ibadah sunnah dan dijauhinya hal-hal yang subhat.

Ash-Shiddiq mengatakan, barangsiapa telah merasakan mahabbah Allah yang murni, maka apa yang dia rasakan itu dapat melupakannya dari keinginan dunia dan membuatnya merasa asing dari seluruh manusia.

Yahya bin Mu`adz berkata, “Sekecil apapun cintaku kepada Allah itu lebih aku sukai daripada beribadah selama tujuh puluh tahun.”


TIGA FAKTOR CINTA YANG SEBENARNYA

Nabi saw. Bersabda :

“Kebenaran cinta berada pada tiga hal : Memilih ucapan kekasih, memilih duduk bersama kekasih dan memilih kerelaan kekasih itu kesemuanya untuk orang lain.”

TIGA CIRI LAIN ORANG YANG MAKRIFAT KEPADA ALLAH SWT

Dzin Nun Al-Misri berkata :

“Orang yang makrifat kepada Allah swt. adalah orang yang memenuhi janjinya, hatinya cerdas dan amalnya bersih.”

Orang yang makrifat kepada Allah swt. adalah :

1 Orang yang memenuhi janjinya kepada Allah swt. dengan mengerjakan semua perintah-perintah-Nya

2 Hatinya cepat menerima nasehat yang baik

3 Amalnya bertambah dari hari kehari


Mengenal ALLAH

Dalam kitab dikatakan, awaluddin makrifatullah (awal-awal agama ialah mengenal ALLAH). Apabila seseorang itu tidak mengenal ALLAH, segala amal baktinya tidak akan sampai kepada ALLAH SWT. Sedangkan, segala perintah suruh yang kita buat, baik yang berbentuk fardhu maupun sunat, dan segala perintah larang yang kita jauhi, baik yang berbentuk haram maupun makruh, merupakan persembahan yang hendak kita berikan kepada ALLAH SWT.
Kalau kita tidak kenal ALLAH SWT, maka segala persembahan itu tidak akan sampai kepada-Nya. Ini berarti, sia-sialah segala amalan yang kita perbuat.

Bila seseorang itu sudah kenal ALLAH, barulah apabila dia berpuasa, puasanya sampai kepada ALLAH. Apabila dia sholat, sholatnya sampai kepada ALLAH. Apabila dia berzakat, zakatnya sampai kepada ALLAH. Apabila dia menunaikan haji, hajinya sampai kepada ALLAH SWT. Apabila dia berjuang, berjihad, bersedekah dan berkorban, serta membuat segala amal bakti, semuanya akan sampai kepada ALLAH SWT.

Kerana itulah, makrifatullah (mengenal ALLAH) ini amat penting bagi kita. Jika kita tidak kenal ALLAH, kita bimbang segala amal ibadah kita tidak akan sampai kepada-Nya, ia menjadi sia-sia belaka. Boleh jadi kita malah hanya akan tertipu oleh syaitan saja. Kita mengira amalan yang kita perbuat sudah kita persembahkan pada ALLAH, padahal itu adalah jebakan syaitan. Ini karena kita tidak mengenal ALLAH, sehingga kita tidak mampu membedakan ilah (tuhan) yang kita ikuti, apakah itu ALLAH, atau syaitan yang menipu daya.
Sebab itulah mengenal ALLAH itu hukumnya fardhu 'ain bagi tiap-tiap mukmin.

Mengenal ALLAH dapat kita lakukan dengan cara memahami sifat-sifat-Nya. Kita tidak dapat mengenal ALLAH melalui zat-Nya, karena membayangkan zat ALLAH itu adalah suatu perkara yang sudah di luar batas kesanggupan akal kita sebagai makhluk ALLAH. Kita hanya dapat mengenal ALLAH melalui sifat-sifat-Nya.

Untuk memahami sifat-sifat ALLAH itu, kita memerlukan dalil aqli dan dalil naqli.
Dalil aqli adalah dalil yang bersumber dari akal (aqli dalam bahasa Arab = akal).
Dalil naqli adalah dalil yang bersumber dari Al-Qur'an dan As-Sunnah.
Melalui dalil aqli dan dalil naqli ini sajalah kita dapat mengenal ALLAH. Tanpa dalil-dalil itu, kita tidak dapat mengetahui sifat-sifat ALLAH, dan kalau kita tidak mengetahui sifat-sifat ALLAH, berarti kita pun tidak mengenal ALLAH.
Sifat-sifat ALLAH
Sifat-sifat Wajib
Sifat kesempurnaan yang pasti dimiliki oleh ALLAH SWT, jumlahnya 20.
Sifat-sifat Mustahil
Sifat yang mustahil dimiliki ALLAH SWT, jumlahnya juga 20.
Sifat Jaiz / Mubah
Sifat yang bebas bagi ALLAH, jumlahnya hanya satu, yaitu ALLAH SWT berkehendak sesuatu atau tidak berkehendak.

zulkepli.com "Love from one side hurts, but love from two sides heals."