Cinta suami isteri dan....

Sebagai suami isteri dalam melayari hidup berumahtangga , sudah pasti ada hati yang terluka. Bahkan, adakalanya menjeruk rasa dengan perlakuan masing-masing yang ada kalanya menyakitkan.
Kehidupan sebagai suami isteri juga, tidak hanya menemui yang indah saja. Hakikatnya, perjalanan hidup sering menemukan pelbagai rencah kehidupan - suka, duka, pahit, manis, keliru, persengketaan, berbaik semula, pujuk rayu dan pelbagai lagi.
Namun sebenarnya, keduanya tidak boleh menafikan fitrah semula jadi iaitu isteri memerlukan suami sebagai tempat berlindung, mengadu, berkongsi perasaan, tempat merintih dan tempat memperoleh serta menumpahkan kasih sayang. Begitu juga suami memerlukan isteri tempat memanja dan menjaga kehormatan maruah rumahtangga dan sebagainya.
Ketiadaan suami atau isteri dalam kehidupan , kekosongan tetap dirasai terutama perasaan kerana ia fitrah semula jadi.
Isteri atau suami itu adalah anugerah Tuhan yang sudah menjadi ketetapan sejak azali lagi, terimalah seadanya.
Namun apa yang diharapkan tidak semuanya kesampaian dan sejak kebelakangan ini kerap berakhir dengan perceraian...

zulkepli.com "Love from one side hurts, but love from two sides heals."